Tuesday, July 21, 2009

hari ini dan semalam

semalam aku migrain yg amat sgt. separuh kepala(belah kanan) penuh dgn urat sahaja. setelah telan panadol sahaja aku tido(aku xd ubat laen). berakhirnya hari yg memeningkan. hari esok mesti lebih baik kan? kepala hotak hang. hari ini motor aku menerima jantung baru. maksudnya piston baru. mengapa? haa.. ni sebabnya.
ya..piston aku pecah sedikit dan piston ring patah riuk. nescaya itu terpaksa lah aku mengeluarkan duit untuk kali kedua di kedai moto hari ini(kali pertama servis dan kali kedua tukar piston). bukan itu sahaja malahan niat murni ke kelas petang juga terbantut apabila moto jahanam disebelah kampus dan aku terpaksa menolak lebih kurang 3 kilometer ditengah panas. nasib baik ada mat rempit. ya..amalam mat rempit apabila melihat org menolak motor maka mereka akan turut menunda motor anda. mulia sungguh dua bijik motor tersebut. terima kasih kepada rempit rxz itu. dan aku pulang dengan hampa tanpa ilmu dan duit. lebur kt motor dan kedai motor. wuu2~~~

moral: setting motor tu jgn ganas sgt walaupun nk race. disebabkan aku push motor terlebih had aku terpaksa menarik diri dari race. duit lebur kt motor,race xdpt join. ceit! tensyen ah! dh la cover set motor rabak ari tuh jatuh. argh!!!! pastu tukar piston kena pantang. paling laju boleh pergi 80kmh @ rpm 4.5k.
di akhir post ni akhirnya aku migrain mcm semalam balik sebab tensyen mengingatkan motor kesayangan ni. grr...tensyen!!

-------------------------------------------------------------------------------
bagi mengelakkan berulang perkara sama aku post limit motor 125zr standard modified.

gear 1: 60kmh
gear 2: 120kmh
gear 3: 140kmh
gear 4: 160kmh
gear 5: 180kmh
gear 6: 21+kmh

kalau push lagi maka meletoplah 125zr anda.

Sunday, July 19, 2009

kecik2

aku terlintas tadi di "http://a-doctor-to-be.blogspot.com/" ataupun blog kwn aku bernama aziz. pandai budak ni. perbezaan aku dgn dia? cukup jauh. wuu2..spm dia 10a aku 4a. wah2..2.5 kali ganda dia lagi pandai dari aku! dan aku ingat lagi ayat time aku habis exam tengah tahun form 5. aku dgn kwn ajak la dia lepak2. dan dibawah adalah dialog tragis antara kitorang.

aku: aziz xpyh baca buku. exam kn dah habis
aziz: spm kan ada lagi
aku: lama lagi kan..enjoy la sikit
aziz: btol jugak..tapi nk buat apa?(muka berminat)
aku: buat bodoh sudah..lepak2..borak2..
aziz: aku xreti la buat bodoh..sori(sambung baca buku)
aku: . . .(terpaku jap..aku terasa begitu bodoh..wuu2)

apa pun dia ada post ttg zaman sekolah rendah. aku pon teringat. so dibawah adalah cerita yang ada dalam hidup aku zaman sekolah rendah.

1)sakit gigi
adalah satu hari ni member aku muz sakit gigi. aku mula2 kesian. tapi akhirnya aku meluat. sebab time aku tido dia kejut dan buat muka sakit. bila aku suruh ckp dgn cikgu takut. then tgh aku melantak dia xmakan dan buat mata sin chan(besinar2). xhabis dengan tu lepas rehat masa aku tgh maen kejar2 dia cakap dia sakit gigi. tengah aku kepenatan belari tiba2 marah aku dtg. dan tanpa sengaja aku bagi dia makan penumbuk sulung aku(mmg tu first time aku tumbuk org) dan bertaburan 2 butir gigi dia dengan mulut dia dilimpahi darah.
moral: sakit gigi pergi cari doktor bukan kawan

2)tiang oh tiang
disebabkan dulu aku kecik dan banyak tenaga aku kuat main kejar2 sebab aku suka belari. masa kecik aku lain dari sekarang. dulu aku xsuka perempuan kerana menyusahkan tapi sekarang? lebih kurang. merimaskan. cerita terjadi apabila aku main kejar2 dgn kwn aku. sedang aku dribbling dekat tiang tiba2 ada seorang akak ni melintas tanpa bagi signal. aku elak dan akhirnya. "gedegang" bunyi aku menghempas tiang sampai jatuh. pening woo~ tiba2 akak tu angkat kepala aku dan mintak maaf. alahai..cair btol aku. dah la lawa..caring pulak. heh2. sejak dari tu aku mula minat perempuan(harap maklum aku darjah 2 masa tu)
moral: sebelum melintas beri isyarat atau anda menempah kemalangan

3)kerusi dan aku
masa di sekolah rendah kita semua jadi kreatif. pemadam pon boleh bayangkan jadi kereta mainan. tapi aku dan kwn2 aku agak ekstrim apabila kitorang mulakan sukan baru yang asalnya digelar "kejar2". kitorang main "kejar kangaroo". pelik? cara bermain adalah korang main kejar2 atas kerusi dan meja kantin. tengah hebat aku masa tu. tapi bungkusan nasi lemak tidak berbau bungkusan nasi goreng. aku terpijak bungkusan nasi lemak yang berminyak sebelum melompat yang akhirnya menyebabkan aku jatuh. paling tragis leher aku tercucuk dekat bucu kerusi dan kulit leher terkoyak. aku dikejarkan ke pejabat dan cikgu yang cemas tanpa basuh luka terus sapu dettol. pedih!
moral: cemas? panggil 999 kerana ianya talian kecemasan

4)bapak pemalas
masa kecik aku akan bawak beg besar dari badan. dan abg aku gelak. aku kecik xpaham dan gelak balik. tapi setelah mengkaji mengapa beg abg aku cukup kempis aku berjaya mengecilkan beg aku. simpan buku bawah meja atau xbawak langsung. masa darjah satu dah pemalas. dan cikgu aku suka sound. "xbagi pinjaman buku baru tahu!". aku nk tanya. time kecik pernah pulak aku selak buku. korg pernah? hurmm..jadi aku balas cikgu tu dgn ayat "kata pinjam,jgn la buruk siku". dan xpasal2 aku diberikan hadiah berdiri atas kerusi sambil junjung buku teks budak2 satu kelas.
moral: denda sedemikian menjadikan anak murid pendek!


hurmm..byk lagi sebenarnya kisah2 yg xdpt dilupakan. tapi laen2 kali lah aku citer. nk gi beli "bukit dun 14". apa itu dukit dun 14? haha. cuba teka. yaa..jika anda berjaya saya akan bagi anda satu "bukit dun"!

Saturday, July 18, 2009

5000

urm..hari ni merupakan hari di mana blog ni telah dilawat sebanyak 5000 kali. cukup teharu aku. sebab sebelum ni blog ni cuma diketahui oleh kawan2 rapat je. kemudian setelah aku mula "blog walking" aku terjumpa begitu ramai bloggers yang cukup peramah dan baik hati untuk membaca blog aku. dgn ada nya ramai org baca blog aku,aku xrasa keseorangan lagi. rasa mcm ada org hargai aku..wuu2... so..dengan itu aku ingin menghadiahkan award dibawah kepada pengikut2.. terpulang lah apa korg nk buat dgn award tu ye.. yg penting aku nk korg semua tahu yg aku hargai korg.


"no matter who you are..if you reading this. you're someone to me.
eventhough i can't see you,kiss you or hug you.
just letting you know that i really do love you"

p/s:ni istimewa buat follower and friend aku kt blog taw! :)

Thursday, July 16, 2009

Game time

hari ni aku maen game selepas berbulan lama xsentuh game dkt laptop aku. knp? tah. muak kot. tp pape pon genre game plg aku suka racing la..dan fav game pulak "grid". xpernah dengar yek?? hehehe. mari aku perkenalkan kt korg. dibawah adalah shot aku tgh drive. :)
(aku keter putih..tgh move nk motong..wee~)


(tadaa..cantas org!)

(yg ni lak time aku drift~)
(ni pon time drift2!)

ni game kegemaran. korg ske maen game apa ek?
----------------------------------------------------------------
ps:gambar kurg jelas sebab pki phone tgkp...sori~

Wednesday, July 15, 2009

kisah kuning

korg jgn pk bukan2. otak aku masih merah jambu taw. kisah kuning ni sebenarnya kisah ttg seekor kucing bernama kuning. kucing jiran aku.

sebenarnya kucing ni warna oren2 tp xtahu knp die letak nama kuning. kucing sebelumnya bernama farouk. pelik..nama org letak kt kucing. tp yg pasti kucing ni amat manja dgn aku..wee~

tp sbnrnye post ni nk citer yg dier baru beberapa minggu kehilangan permata hidup iaitu anak2. kesemua anaknye mati. yg sulung nama panjang,yg angah nama tengah dan yg bongsu nama pendek.

takziah

ps:knp aku tulis post pelik ni? sebab aku tepikir yg
kucing mcm garfield akan baca dan contact aku. :P

Tuesday, July 14, 2009

kisah doktor dan mat rempit

Sebagai seorang doktor yang tugasnya menyelamatkan nyawa manusia,tentulah saya merasa bangga dengan profesion saya ini. Sememangnya inilah cita-cita sebenar saya selama ini. Etika dan sikap profesionalisme sering saya amalkan. Apatah lagi saya juga seorang pensyarah di Pusat Pengajian Perubatan di salah sebuah universiti terkemuka. Saya sering menanamkan dan menekankan aspek insaniah dalam diri bakal-bakal doctor yang merupakan pelajar saya.

Suatu hari yang ditakdirkan Allah, saya di ajar tentang suatu nilai yang saya terlupa oleh seorang mat rempit.

Saya menoleh jam loceng saya. "Ah….baru 3am dan saya baru terlena hanya 2jam sahaja." Tapi,apakan daya kerana tugas,saya terus mencuci muka dan terus menggapai kunci kereta saya. Inilah rutin seorang doltor yang kita kenali sebagai `on call`.

Setelah memecut kenderaan saya,akhirnya saya tiba di bilik kecemasan. Ada satu kes kemalangan. Seorang penunggang cedera parah dan pemboncengnya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tolong doktor..Tolong selamatkan kawan saya," rayu seorang lelaki muda berseluar jean yang koyak dibahagian lututnya. Inilah trend pakaian mat rempit. Setelah 4 jam dibilik pembedahan,mangsa berjaya diselamatkan dan kaki kanannya terpaksa dipotong. Entah mengapa hari itu,terlintas bisikan syaitan dalam hati saya yang menyatakan`you deserve to get it`. Astaghfirualallahal azim, sebagai seorang doktor,saya tidak harus meletakkan prejudis saya sebagai prioriti dalam merawat pesakit. Melihat pesakit saya dari sudut siapa dia sebenarnya adalah salah. Hal ini kerana, dalam merawat dan meyelamatkan pesakit,nyawa setiap manusia begitu bernilai walaupun pada pandangan kita atau sesiapa,dia bukanlah apa-apa.

Keesokan harinya,saya pulang dari hospital agak lewat malam. Kepenatan benar-benar menyebabkan saya tidak sabar untuk tiba di rumah.

"Ah….lampu merah pula!!" Maka saya terus menekan pedal brek dan menunggu giliran sambil mata saya tertumpu pada suatu peristiwa yang menarik. Saya melihat seorang lelaki yang koyak jeannya dilutut menunggang dengan laju melanggar lampu merah tanpa rasa bersalah. Dalam hati saya berdetik "sah mat rempit lagi. Tak ada kerja lain ke selain menyusahkan orang lain." Tiba-tiba saya melihat pemuda itu berhenti,menongkat motornya dan berjalan kedepan.

Saya benar-benar malu pada diri saya sendiri melihat pemuda itu mengambil bangkai kucing yang saya kira baru saja dilanggar petang tadi,mengalihkannya ke tepi jalan agar tidak dipijak hina oleh kenderaan lain.

"Allahuakbar."

Saya benar-benar tersedak dengan bisikan hati kecil sendiri. Saya rasakan diri ini sangant mulia apabila menyelamatkan nyawa manusia,tapi tidak terlintas dan tidak sanggup membela bangkai binatang itu padahal ia juga suatu nyawa yang harus dihargai dan dimuliakan. Sedangkan dia seorang mat rempit yang mungkin tidak menghargai nyawanya sendiri boleh meletakkan nilai harga nyawa seekor binatang pada aras yang tinggi. Sesungguhnya Tuhan sedang mengajar saya sesuatu.

Sesungguhnya saya telah belajar sesuatu dari seorang mat rempit. Kemuliaan seseorang itu bukan terletak pada berapa besar dan tingginya jasa dan sumbangan pada sesuatu tetapi dinilai dari berapa besar seseorang itu mengerti makna kewujudan sesuatu dan menghargai.

Ini bukan kisah yang memberi pengajaran bahawa kita juga boleh menjadi mulia walaupun seorang mat rempit,lantas menanam cita-cita untuk menjadi kaki rempit. Namun cerita ini membawa pengajaran bahawa kita tidak boleh terlalu berbangga dengan diri sendiri dan membiarkan prejudis membezakan diri kita dengan golongan lain. Sikap prejudis akan mengurangkan etika dan meruntuhkan sikap profesinalisme yang ada dalam diri kita..

*artikel diculik dari http://rempitbmcs.blogspot.com

siapa kata mat rempit bodoh?



siapa berani kata mat rempit bodoh? berhenti menunding jari. lebih baik cermin diri. kerana dibawah adalah fakta belaka!

menurut kajian ukm,11 peratus mat rempit belajar di ipt. dan menurut anggaran pihak polis di raja malaysia 200,000 mat rempit wujud diseluruh negara. kata kementerian pendidikan tinggi seramai 296,236 pelajar diterima ke ipt. data kementerian belia dan sukan seramai 11.10 juta belia di negara ini.

jadi...

11 peratus dari 200000 diterima ke ipt. mat rempit mewakili 7.4 peratus pelajar ipt.
2.5 peratus belia biasa dari 10.9 juta belia diterima ke ipt. belia biasa mewakili 92.6 peratus pelajar ipt.

mat rempit mewakili 7.4 peratus dari pelajar ipt. mungkin kecil dari belia biasa yang mewakili 92.6 peratus dari pelajar ipt. tapi.. lebih bijak dari belia biasa yang hanya 2.5 peratus dari keseluruhan belia biasa yang berjaya ke ipt berbanding mat rempit yang mana 11 peratus dari keseluruhan mat rempit berjaya ke ipt . nah. kebenaran yang memeritkan.

-------------------------------------------------------------------

sumber pengiraan artikel:
kementerian belia dan sukan
kementerian pendidikan tinggi
buletin perangkaan malaysia
polis diraja malaysia
universiti teknologi melaka(utem)
universiti kebangsaan malaysia(ukm)

*pengiraan adalah bedasarkan kajian mat rempit ukm baru2 ini dan statistik 2006 kerana statistik 2007 dan 2008 gagal dijumpai.
*kiraan tidak tepat mungkin,tapi hanya ingin menunjukkan gambaran tentang kenyataan
-------------------------------------------------------------------

moral:
1)kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kerana terjumpa mat rempit bodoh habis semua mat rempit mendapat tempias
2)usah menunding jari lagi ke arah mereka,mari genggam tangan mereka dan keluarkan mereka dari gejala sosial yang kronik
3)jangan kita menghina mereka kerana kadangkala kita tidak sedar kita lagi hina.

Saturday, July 11, 2009

cerita seram kembali~

aiman berjalan pulang menggunakan basikal cabuknya dengan riang. maklumlah, orang dah berteman. adat manusia berkasih sayang dengan pasangan masing masing. walaupun muda lagi aiman nih dah gatal.mungkin kerana masa kecik dia selalu sangat main pasir sampai selalu kena kudis dan gatal gatal.

sebagai pelajar yang terbilang,aiman pulang dan memulakan rutin nya. iaitu memmbute sampai petang tiba. oleh sikap demikianlah aiman berjaya menjadi pelajar terbilang hingga 150 dalam tingkatan. tetapi rutin harian aiman hari ini berubah sedikit. oleh kerana emaknya memekak suruh beli barang dapur untuk makan malam. aiman buat buat tak dengar dan sambung tidurnya yang terganggu oleh bebelan emaknya.

langit mula gelap,kilat menyambar dan guruh berdentum. tersentak aiman dari lenanya dek panggilan alam yang berkata hujan akan turun. sepantas kilat aiman menjenguk keluar. "uish..dh gelap mcm malam". walhal jam baru pukul 5 petang. nak tak nak terpaksalah aiman keluar membeli barang dapur dengan basikalnya di kedai pak ali yang terletak di sebelah masjid.

dalam perjalanan pulang aiman ditembak oleh regim hujan dengan hebat. habis kuyup,namun dek kerana makan malam aiman gagah mengayuh basikalnya. dah separuh jalan tiba tiba kelihatan kelibat makhluk putih berjalan dalam hujan. hari dah la gelap,aiman pulak rabun. mulalah hati aiman berdegup sekencang kencangnya. "pulak dah..pebenda ni".

aiman beranikan diri. tetapi tiba2 dalam kegelapan makhluk berselubung putih itu menoleh. "man...uhuk2(batuk)". aiman mula pucat lesi. "mampus,mana tahu nama aku.". terus aiman memecut basikalnya sepantas kilat. sejurus melintasi makhluk tadi beberapa meter,aiman toleh kebelakang dan melihat makhluk itu seolah mengejarnya.

aiman toleh semula kehadapan dan terlihat beberapa makhluk serupa sedang jalan beramai ramai ke arah yang aiman tuju. "makin ramai pulok dah.."aiman berhenti. niatnya tunggu hingga makhluk itu semua hilang. tetapi tak semena mena sekali lagi namanya diseru dari belakang. makhluk tadi hanya tinggal beberapa belas meter. aiman terkaku dan seolah olah efek filem matrix, aiman mampu melihat titsan hujan jatuh perlahan lahan.

aiman mula panik,macam macam teringat dalam otaknya. cerita ustaznya. hantu takut garam. maka di koyak paket garam yang dibeli tadi untuk makan malam. "alahai...tawar lah lauk malam kang.."makhluk tadi menjerit kepedihan mata sampai terduduk. aiman tersenyum faham, itu respon yang positif. jadi dia mula menyelongkar satu persatu barang dapurnya dari plastik.

makhluk tadi yang kelihatan kembali berdiri sambil menggosok matanya kelihatan menghampiri aiman lagi. lalu aiman keluarkan bawang. "pontianak takut bawang kan..hehe"di rejam makhluk tadi dengan bawang besar. tepat mengenai sasaran aiman di kepala. makhluk tadi tumbang.

namun tidak berputus asa,makhluk tadi merangkak kearah aiman. putus akal si aiman,di balingnya satu plastik yang mengandungi berat muatan tidak kurang 2kilo. "gedebum!" bunyi makhluk tadi dihempap plastik si aiman. lalu dengan bongkak aiman menjerit "padan muke ko setan~!" malangnya makhluk tadi kembali merangkak sambil merangkak"jaga kau aiman!"

tergamam sebentar aiman melihat dedikasi makhluk tadi dalam menggangunya. lalu tidak teragak agak aiman mencapai basikalnya lalu melarikan diri ikut jalan yang jauh untuk pulang. di toleh toleh ke belakang makhluk tadi tidak lagi mengekorinya. setibanya dirumah aiman tidak masuk dan tunggu diluar. takut masuk kedalam seorang.

tiba2 datanglah sahabatnya bernama aidil berpayung pulang dari masjid."woi kenapa ni?"aiman berlari ke arah aidil dan menceritakan adegan seram yang dilaluinya. aidil cuba menenangkan aiman sambil bercerita."tu la kau..cuba bawak pergi masjid macam mak kau.." aiman pelik. "mak aku gi masjid pakai apa. naik apa?". aidil cuba mengingat tapi tak dapat. "tak ingat..ha..tu pon mak kau. panjang umur!"

kelihatan dari jauh emaknya dalam keadaan basah dan berdarah sedikit di kepala. aiman mula pucat lesi seperti nampak makhluk tadi. tidak semena mena emaknya menjerit. "aimaaannn...setan kau!!!!"dalam masa yang sama kilat menyambar dibelakang mak aiman,ala ala citer hantu. menggelupur aiman lari dalam hujan. alangkah terkejutnya aiman apabila mengetahui makhluk tadi adalah emaknya yang pulang dari masjid dalam hujan. nak dibuat cerita emak aiman lupa bawak payung. isk2. anak2 zaman sekarang ni memang ekstrim!

Friday, July 10, 2009

gundam

dari dulu aku minat mecha gundam. dari gundam seed sampai dedstiny jer sbnrnya. tapi.. ni sudah lain ni?! aku kalau jumpa lari dulu. lari tangkap gambar..hehe.
gundam setinggi 18 meter ni adalah real scale seperti dalam anime dan manga diorg. makanya..tinggi yang amat. mungkin ramai anggap ianya tugu. betul. tapi..jgn maen2.
kepala robot ini boleh gerak..ha..mana la taw ade ultraman pempuan lalu..leh jengah2. huwah2..
lihat lah..tersergam indah dia dibalik pokok. jangan jengah..mungkin tgh buang air.

kalaulah gundam ni real mecha. mahu aku naik dan pijak org2 disitu..kerdil sgt mcm semut dah aku tgk semua. isk2..apa2 pon hidup gundam..aku suke anime dan mecha diorg. tapi jangan sampai keris kt kelang di curi buat main sudah...wuhuhu~

cerita seram~

malam ini angin sepoi2 bahasa bertiup di kota kuala lumpur. ramai menjangkakan akan berlaku hujan lebat. termasuk rahim. rahim merupakan seorang petugas polis trafik yang sedang melakukan rondaan seperti biasa. akan tetapi rahim tidak sedar akan hadirnya satu lembaga lagi sedang melakukan rondaan. bukan lembaga disiplin sekolah. tetapi lembaga atau digelar "hantu~" berlegar di ruang angkasa mencari mangsa.

rahim mempercepatkan motornya kerana melintasi kawasan kubur lama di lorong sunyi. "meremang bulu roma la pulak~" kata si rahim. "sejuk ke bang?"ada suara sumbang ala mak nyah yang menyahut entah dari mana. rahim menoleh kebelakang dan kelihatan satu lembaga terbang di hujung jalan. secara automatik rahim menjadi mat rempit malam itu melihat hantu. laju bagai peluru sesat meluru. hilaian si lembaga makin kuat dan menakutkan.

apabila polis menjadi mat rempit. tidak ada apa yang boleh kejar termasuk lembaga tadi. kerana motosikal mereka dah tahap superbike dan kebetulan rahim peminat moto gp. memang mcm valentino rosak di bawaknya motor malam tu. tetapi malang tidak berbau durian, kerana musim durian belum tiba lagi. setiba di satu selekoh rahim terjatuh dari motosikalnya. lalu melanggar satu tiang papan tanda. bengkok papan tanda itu!"berat nih! macam mana nak angkat?!". selekoh itu cukup tajam hingga tidak nampak di mana lembaga tersebut. beberapa meter di hadapan selekoh ada simpang berlampu isyarat. rahim terus membuka jurus langkah seribu belari ke tempat terang untuk menghilangkan rasa takut.

hilaian si lembaga semakin kuat menghampiri. lalu rahim tak semena mena menjerit. "awas! jgn......!" lembaga terdiam kebingungan tetapi tetap terbang dengan laju sambil mengomel dalam hati "pejadah awas? dengar mp3 lagu KRU-awas ke apa?" diselekoh rahim terjatuh tadi si lembaga cukup pantas. gayanya mirip superman terbang yang mengalahkan rahim yang corner-96. tiba2 lembaga tersebut terhenti dari terbang dan rebah ke bumi. hilaian lembaga itu turut tersekat seperti katak tertelan epal hijau. rahim pula terguling guling di simpang berlampu isyarat itu. seperti histeria, rahim ketawa meroyan.

apa yang terjadi?! kita undur cerita ini 2 saat kebelakang.

lembaga yang dalam kelajuan maksima seperti aksi impak maksima gagal mengawal tubuhnya apabila tiba tiba ada benda menghalang laluannya.tidak lain dan tidak bukan papan tanda yang dilanggar rahim. papan tanda "awas" itu senget ke arah jalan raya beberapa kaki di udara mengakibatkan lembaga tersebut melanggarnya lalu rebah ke bumi. menggelupur kesakitan lembaga tersebut dek kerasnya papan tanda besi itu. rahim yang menyaksikan kejadian aneh tapi lawak itu terus ketawa terkekek kekek hingga berguling guling di atas jalan raya..sekian.


----------------------------------------------------------------------

sebenarnya aku bosan. sebab aku cuma tertido sejam dan xmampu nk tido lagi. jadi aku pon tulis la citer yang menghiburkan hati aku sendiri. wah2..komen k?! xmo komen aku anta lembaga tadi kt korg ikut c-box!

Wednesday, July 8, 2009

warning: hobby is haunted

(rc drift tournament joined by navz)

urm..disebabkan xboleh tido..jadi aku boring dan menyelam dalam banyak laman web. tiba2..
aku terbaca dkt myspace. navz upload gambar kt folder rc dia. dia masuk tournament lagi..
(my first car HPI:E10,drift layout)

mengimbau sejarah lama. aku dulu senior dari dia. lebih awal main dan lebih terel sket dari dia. tapi..atas sebab aku berpindah ke kampus kuantan yang sempit. terpaksa aku meninggalkan hobi. dan aku ingat lagi time navz baru je masuk tournament pertama. dia pinjam battery aku. muka mcm kanak2 bawah penyeliaan ibu. tapi sekarang mcm2 dah brubah. dia dah tukar chasis,esc dan controller. aku? aku jadi makin kaku bila main rc. carbon fiber chasis aku makin reput di rumah. dan sayangnya selepas aku melabur lebih kurang rm4k. hobi tersebut terpaksa aku tinggalkan.
(chasis ke-2:lcg or low center gravity,special carbon fiber chasis)

harapan aku disini adalah apabila aku sambung degree aku akan sambung balik rc. cuti mid sem ni aku akan bangunkan sikit demi sikit kereta kesayangan aku yang kesunyian seperti aku. harapan aku x terhenti di situ. aku juga berharap akan berjaya membangunkan semula komuniti rc di tempat aku yang makin lama makin hilang ditelan masa. seperti yang pernah kita rancangkan dulu. kita akan buat rc track. dapatkan juga peruntukkan dari kerajaan negeri.
(re-doing nfs most wanted car shell to be wear with lcg)

tapi. abg zaku dah kahwin. zul dah gi U.K. along dah sibuk jadi tawkey. yeah dah lesap. sapa lagi?
aku cuma boleh harap dekat muzir dan anwar je lah untuk semuanya. sebab mereka sama mcm aku. belajar dan bermain. xd maknenya nk ckp sibuk. kalau sibuk aku tampar diorang laju2. haha~

(XCC rc club member,me 2nd from the right! rank number 6 of 20!)

*kepada navz. gudluck bro dalam d10! aku support ko. sebab ko je lah kwn aku dalam rc drift. yg laen touring. huhuk

Saturday, July 4, 2009

sister of sinister


again. another dead weekend. back where i'm alive with her. it's been always fun weekend which we will hang out at the beach till the sunrises. we've made it through rain or cold. holding each other. but tonight and tomorrow is a different story. i was thinking to go to every place i used to go with her. but..my sister(on the right of picture above) message me just now.

"xpyh nk lyn emo. dh xde masa adik nk lyn emo. dh tiba masa adik sedar,dunia ni xslalu indah.."

ya. it's not always beauty. and it's not always ugly. if life like a wheel. i'm a drifter then. spinning all my life fast without having the grip. my life turned too fast and as i was drifting. i lose my traction on reality...sigh. hope you guys got that part.



my sister also asked me to view the above video and understand the lyrics. urm...here it is some quote i like from the lyrics.

"Seems like you put your effort into me, what am I left with?
Nothin' but a canvas with a black and white portrait,
Of me and you, in a burnin' garden of scorchin' orchards.
Simple beauty that's bein torn down by your power,
That constantly pounds on my soul hour after hour,
Now I can hardly breathe, get rid of these memories,
Continually haunting me,
Cant change who I've come to be"

"Nothing I can say or do,
Will take away what I've been through,
What you were is what I've come to be,
Nothing you can say to me,
Will take away these memories,
What you were is what I've come to be!
"

"These memories hold me tight, till I can hardly breathe"

it's true..

who i admire

i do admire this one. even it's not a person and it's completely fiction. but being someone like him is nothing else i would be asking from a genie in a bottle. it's like one of perfect presentation of pure antagonist. he nailed all others antagonist as i've expected. he has the force to actually pulls you into his path. and if a genie ask me what would i want. just give me all his characteristics and personality including physical apperance,knowledge,skills and what so ever he have. wahaha.. enough talking. behold. the perfect antagonist short biography.

background in FF

A prototype SOLDIER and the strongest alive, Sephiroth is initially revered for his strength and hailed as a hero, until he learns and misinterprets his origins. Believing himself as the last of the Ancient, Sephiroth enacts a vendetta against mankind, with the ultimate goal of becoming a god and controlling the planet.

hall of fame

Sephiroth is arguably the most popular villain of the Final Fantasy series - his appearance, name, and musical theme are all highly praised among fans and he has appeared in many spin-off titles. He is also consistently voted as one of the top video game villains in polls and lists on video game websites, such as GameSpot and IGN.

appearance

Sephiroth, in all his appearances, wears a long black coat with silver pauldrons, black boots, and black clothing underneath. The top of his clothing underneath his uniform is split to reveal his chest, covered by crossing leather straps. His hair is long and silver. Beyond his clothing and hair, Sephiroth is known for his green cat-like eyes and the masamune, his seven-foot long katana that he is rarely seen without.

character

Sephiroth's personality is one of cold ruthlessness. Prior to his madness,his cold exterior and professional attitude turn people away. He is very intelligent, and is respectful to those he deems worthy. Sephiroth is confident to the point of arrogance, but as the strongest SOLDIER alive it could easily be argued he has the right to be. Well-spoken and somewhat graceful, Sephiroth is universally calm, collected, and in control. He has become highly cruel and delights in mentally torturing.

*isn't it intresting? please. if you haven't played final fantasy. feel free to see the movie of advent children. he was very adorable antagonist. his iconic words in the movie is when he ask cloud. what he cherish the most so he can take it away. what a confident and cruel word isn't it. but that's the way antagonist do! wahahahaha~ sorry. going crazy because i've hasn't sleep for long time. and i've repeated the movie arround 7 times. and it was insane. the ending made me say.

"that was perfect and pure antagonist"

enjoy the below video

sephiroth theme in game


sephiroth apperance in advent children theme

Thursday, July 2, 2009

boring~

as i read one of the blog i've known. there is a weird quote there.

"if you can changed ur feeling so instantly
dont you ever talk to me that you believe in destiny

if you can simply replaced ur love
dont you ever said you believe in fate

*because you the one who responsible with
any changes came in your life
it is reaction from your own stupid action

nakagawa imei
akai ito
2008"

hurm. intresting to others. but to my point of view. it's always been on the otherside.

destiny is written for us to obey the rules that
we must always alter the present for future

fate is fabricated from our act which results
friction of life motion which make us alive


lalalala...actually no idea of what i'm doing now. it just fun to be the
rebelious,radical and the best part is. resisting from your view. :P

Wednesday, July 1, 2009

view is vicious(part-1)


instructions of reading

1-please make sure that you are neutral,non bias and non prejudice.
2-please take note that this is nothing have to do with religous thing.

-----------------------------------------------------------------------------------
action and reason relation

situation given

i killed someone. that someone is threatening others life. it's for others safety.

view a
i'm a noble man. willing to take the risk of death penalty for the safety of others.

view b
whatever the reason is. i'm the bad guy as i'd killed him. i've should let the law punish him.

now try review the situation with a little tweak. does "one life worth for others life?". the answer might be unclear. as things of right or wrong is something subjective. it can be different as the viewing angle of each people is unique.

as thing might be confusing as action and reason does relate thing and often messed up our mind in describing the right or wrong of certain act done by others. that is why in the holy quran said.
"human does not possessed the judging power of what right and wrong".

-----------------------------------------------------------------------------------
eye and lie conspiracy

situation given

i'm clumpsy and lazy. you are smart and educated. but if i'd solve a difficult question in exam people tend to say that it was luck or worst cheating. but if you did it. people said it was worth of your work and you desserve it.

try to close your eye and be honest. some people do have the potential even the physical apperance might deny the potential. bare in mind that
"not all bad guys are bald,not all good guys are great".

-----------------------------------------------------------------------------------
faulty in fate

situation given

i believe in fate. i've done my best. even i know it's not that 100%. i'm going to let the fate decide for me.

"believe to fate and giving into fate is two different things". believe in fate is after you got anything you believe that fate is a written destiny that have the reason and meaning behind what all have happened. but if you giving into fate is right before you achived or claim something you going to do your best and let it be what it should be.you people really need to take addmath. differentiate!

-----------------------------------------------------------------------------------
now you'll know how things are viewed on the
"otherside of life"
... :)

depression


as i know i can't meet the requirement of law degree. depression haunt me. even though i'm not that interested to law. but i want to finish down what i've started. if i can't make it to the finish line. it was a waste of time then. 3 semester in kuantan learning something that didn't even related to the coming of 6 semester of bachelor program. wtf?! it's not that i'm not trying my best. urm..ok. i didn't try my best. why? i'm too lazy. despite that i manage to maintain my cgpa above 3. but....my muet result of the first semester was killing all my hope. 2 more mark to get band 4. wth?! i was beginning to look things in the negative way. and until now i've in no mood to learn. just letting things flow as time flew. drifting away in depression. how am i going to survive the rest of my final semester in pre-law program? who knows.

i wish i was strong as this man. one of my old friend.

he is non-bumi. which mean no logic reason to rely on ipta or what so ever institutes under the government. his ambition is becoming a doctor. but his add-math is blocking his way. and so he take an O-level or A-level(bit confused). he get a better result and then pursue his ambition in an island in indonesia. don't really know where. i'm doubting the MQA aprroval of his course. but he still going on learning in the tsunami area university. and he is one of the great person in my life. he is hardworking.

i wonder if i can have that kind of "hardworking"...hmm. i'm trying but just now i found this picture. which may influence me not to do so. hehe