Saturday, July 11, 2009

cerita seram kembali~

aiman berjalan pulang menggunakan basikal cabuknya dengan riang. maklumlah, orang dah berteman. adat manusia berkasih sayang dengan pasangan masing masing. walaupun muda lagi aiman nih dah gatal.mungkin kerana masa kecik dia selalu sangat main pasir sampai selalu kena kudis dan gatal gatal.

sebagai pelajar yang terbilang,aiman pulang dan memulakan rutin nya. iaitu memmbute sampai petang tiba. oleh sikap demikianlah aiman berjaya menjadi pelajar terbilang hingga 150 dalam tingkatan. tetapi rutin harian aiman hari ini berubah sedikit. oleh kerana emaknya memekak suruh beli barang dapur untuk makan malam. aiman buat buat tak dengar dan sambung tidurnya yang terganggu oleh bebelan emaknya.

langit mula gelap,kilat menyambar dan guruh berdentum. tersentak aiman dari lenanya dek panggilan alam yang berkata hujan akan turun. sepantas kilat aiman menjenguk keluar. "uish..dh gelap mcm malam". walhal jam baru pukul 5 petang. nak tak nak terpaksalah aiman keluar membeli barang dapur dengan basikalnya di kedai pak ali yang terletak di sebelah masjid.

dalam perjalanan pulang aiman ditembak oleh regim hujan dengan hebat. habis kuyup,namun dek kerana makan malam aiman gagah mengayuh basikalnya. dah separuh jalan tiba tiba kelihatan kelibat makhluk putih berjalan dalam hujan. hari dah la gelap,aiman pulak rabun. mulalah hati aiman berdegup sekencang kencangnya. "pulak dah..pebenda ni".

aiman beranikan diri. tetapi tiba2 dalam kegelapan makhluk berselubung putih itu menoleh. "man...uhuk2(batuk)". aiman mula pucat lesi. "mampus,mana tahu nama aku.". terus aiman memecut basikalnya sepantas kilat. sejurus melintasi makhluk tadi beberapa meter,aiman toleh kebelakang dan melihat makhluk itu seolah mengejarnya.

aiman toleh semula kehadapan dan terlihat beberapa makhluk serupa sedang jalan beramai ramai ke arah yang aiman tuju. "makin ramai pulok dah.."aiman berhenti. niatnya tunggu hingga makhluk itu semua hilang. tetapi tak semena mena sekali lagi namanya diseru dari belakang. makhluk tadi hanya tinggal beberapa belas meter. aiman terkaku dan seolah olah efek filem matrix, aiman mampu melihat titsan hujan jatuh perlahan lahan.

aiman mula panik,macam macam teringat dalam otaknya. cerita ustaznya. hantu takut garam. maka di koyak paket garam yang dibeli tadi untuk makan malam. "alahai...tawar lah lauk malam kang.."makhluk tadi menjerit kepedihan mata sampai terduduk. aiman tersenyum faham, itu respon yang positif. jadi dia mula menyelongkar satu persatu barang dapurnya dari plastik.

makhluk tadi yang kelihatan kembali berdiri sambil menggosok matanya kelihatan menghampiri aiman lagi. lalu aiman keluarkan bawang. "pontianak takut bawang kan..hehe"di rejam makhluk tadi dengan bawang besar. tepat mengenai sasaran aiman di kepala. makhluk tadi tumbang.

namun tidak berputus asa,makhluk tadi merangkak kearah aiman. putus akal si aiman,di balingnya satu plastik yang mengandungi berat muatan tidak kurang 2kilo. "gedebum!" bunyi makhluk tadi dihempap plastik si aiman. lalu dengan bongkak aiman menjerit "padan muke ko setan~!" malangnya makhluk tadi kembali merangkak sambil merangkak"jaga kau aiman!"

tergamam sebentar aiman melihat dedikasi makhluk tadi dalam menggangunya. lalu tidak teragak agak aiman mencapai basikalnya lalu melarikan diri ikut jalan yang jauh untuk pulang. di toleh toleh ke belakang makhluk tadi tidak lagi mengekorinya. setibanya dirumah aiman tidak masuk dan tunggu diluar. takut masuk kedalam seorang.

tiba2 datanglah sahabatnya bernama aidil berpayung pulang dari masjid."woi kenapa ni?"aiman berlari ke arah aidil dan menceritakan adegan seram yang dilaluinya. aidil cuba menenangkan aiman sambil bercerita."tu la kau..cuba bawak pergi masjid macam mak kau.." aiman pelik. "mak aku gi masjid pakai apa. naik apa?". aidil cuba mengingat tapi tak dapat. "tak ingat..ha..tu pon mak kau. panjang umur!"

kelihatan dari jauh emaknya dalam keadaan basah dan berdarah sedikit di kepala. aiman mula pucat lesi seperti nampak makhluk tadi. tidak semena mena emaknya menjerit. "aimaaannn...setan kau!!!!"dalam masa yang sama kilat menyambar dibelakang mak aiman,ala ala citer hantu. menggelupur aiman lari dalam hujan. alangkah terkejutnya aiman apabila mengetahui makhluk tadi adalah emaknya yang pulang dari masjid dalam hujan. nak dibuat cerita emak aiman lupa bawak payung. isk2. anak2 zaman sekarang ni memang ekstrim!

4 comments:

goodmorningteacher said...

hahaha..abesla si aiman..
naik hantu lah mak dia.
kehekehek

nofeel said...

haha... memang kelakar la..
bila agi balik subang..
cite2 depan,. hehe..

granulaz said...

aku kt sbg la ni hassan sayang~

din>>>> said...

sungguh berdedikasi hantu itu