Friday, July 10, 2009

cerita seram~

malam ini angin sepoi2 bahasa bertiup di kota kuala lumpur. ramai menjangkakan akan berlaku hujan lebat. termasuk rahim. rahim merupakan seorang petugas polis trafik yang sedang melakukan rondaan seperti biasa. akan tetapi rahim tidak sedar akan hadirnya satu lembaga lagi sedang melakukan rondaan. bukan lembaga disiplin sekolah. tetapi lembaga atau digelar "hantu~" berlegar di ruang angkasa mencari mangsa.

rahim mempercepatkan motornya kerana melintasi kawasan kubur lama di lorong sunyi. "meremang bulu roma la pulak~" kata si rahim. "sejuk ke bang?"ada suara sumbang ala mak nyah yang menyahut entah dari mana. rahim menoleh kebelakang dan kelihatan satu lembaga terbang di hujung jalan. secara automatik rahim menjadi mat rempit malam itu melihat hantu. laju bagai peluru sesat meluru. hilaian si lembaga makin kuat dan menakutkan.

apabila polis menjadi mat rempit. tidak ada apa yang boleh kejar termasuk lembaga tadi. kerana motosikal mereka dah tahap superbike dan kebetulan rahim peminat moto gp. memang mcm valentino rosak di bawaknya motor malam tu. tetapi malang tidak berbau durian, kerana musim durian belum tiba lagi. setiba di satu selekoh rahim terjatuh dari motosikalnya. lalu melanggar satu tiang papan tanda. bengkok papan tanda itu!"berat nih! macam mana nak angkat?!". selekoh itu cukup tajam hingga tidak nampak di mana lembaga tersebut. beberapa meter di hadapan selekoh ada simpang berlampu isyarat. rahim terus membuka jurus langkah seribu belari ke tempat terang untuk menghilangkan rasa takut.

hilaian si lembaga semakin kuat menghampiri. lalu rahim tak semena mena menjerit. "awas! jgn......!" lembaga terdiam kebingungan tetapi tetap terbang dengan laju sambil mengomel dalam hati "pejadah awas? dengar mp3 lagu KRU-awas ke apa?" diselekoh rahim terjatuh tadi si lembaga cukup pantas. gayanya mirip superman terbang yang mengalahkan rahim yang corner-96. tiba2 lembaga tersebut terhenti dari terbang dan rebah ke bumi. hilaian lembaga itu turut tersekat seperti katak tertelan epal hijau. rahim pula terguling guling di simpang berlampu isyarat itu. seperti histeria, rahim ketawa meroyan.

apa yang terjadi?! kita undur cerita ini 2 saat kebelakang.

lembaga yang dalam kelajuan maksima seperti aksi impak maksima gagal mengawal tubuhnya apabila tiba tiba ada benda menghalang laluannya.tidak lain dan tidak bukan papan tanda yang dilanggar rahim. papan tanda "awas" itu senget ke arah jalan raya beberapa kaki di udara mengakibatkan lembaga tersebut melanggarnya lalu rebah ke bumi. menggelupur kesakitan lembaga tersebut dek kerasnya papan tanda besi itu. rahim yang menyaksikan kejadian aneh tapi lawak itu terus ketawa terkekek kekek hingga berguling guling di atas jalan raya..sekian.


----------------------------------------------------------------------

sebenarnya aku bosan. sebab aku cuma tertido sejam dan xmampu nk tido lagi. jadi aku pon tulis la citer yang menghiburkan hati aku sendiri. wah2..komen k?! xmo komen aku anta lembaga tadi kt korg ikut c-box!

5 comments:

messyremo said...

haha..ape daa...

pe2 pun citer ko tu wat aku terhibur jugak...

sara_wo said...

hahahah.....
lawak ahh citer seram nie...
mmg lucu arr, sian kat hantu tue..

nofeel said...

huhu..
xde kojo la ni eh..
haha...
xpe nanti ak carikan ko kerja,,
hehe...

DiLLaRY said...

ngahahhaa...wt la lg ek ctr2 cm ni lg..bosan2 cm ni bce mau pecah prot...ngeee~

granulaz said...

atas permintaan ramai
(padahal x pon)nnt aku buat lagi ek.. :P