Sunday, July 19, 2009

kecik2

aku terlintas tadi di "http://a-doctor-to-be.blogspot.com/" ataupun blog kwn aku bernama aziz. pandai budak ni. perbezaan aku dgn dia? cukup jauh. wuu2..spm dia 10a aku 4a. wah2..2.5 kali ganda dia lagi pandai dari aku! dan aku ingat lagi ayat time aku habis exam tengah tahun form 5. aku dgn kwn ajak la dia lepak2. dan dibawah adalah dialog tragis antara kitorang.

aku: aziz xpyh baca buku. exam kn dah habis
aziz: spm kan ada lagi
aku: lama lagi kan..enjoy la sikit
aziz: btol jugak..tapi nk buat apa?(muka berminat)
aku: buat bodoh sudah..lepak2..borak2..
aziz: aku xreti la buat bodoh..sori(sambung baca buku)
aku: . . .(terpaku jap..aku terasa begitu bodoh..wuu2)

apa pun dia ada post ttg zaman sekolah rendah. aku pon teringat. so dibawah adalah cerita yang ada dalam hidup aku zaman sekolah rendah.

1)sakit gigi
adalah satu hari ni member aku muz sakit gigi. aku mula2 kesian. tapi akhirnya aku meluat. sebab time aku tido dia kejut dan buat muka sakit. bila aku suruh ckp dgn cikgu takut. then tgh aku melantak dia xmakan dan buat mata sin chan(besinar2). xhabis dengan tu lepas rehat masa aku tgh maen kejar2 dia cakap dia sakit gigi. tengah aku kepenatan belari tiba2 marah aku dtg. dan tanpa sengaja aku bagi dia makan penumbuk sulung aku(mmg tu first time aku tumbuk org) dan bertaburan 2 butir gigi dia dengan mulut dia dilimpahi darah.
moral: sakit gigi pergi cari doktor bukan kawan

2)tiang oh tiang
disebabkan dulu aku kecik dan banyak tenaga aku kuat main kejar2 sebab aku suka belari. masa kecik aku lain dari sekarang. dulu aku xsuka perempuan kerana menyusahkan tapi sekarang? lebih kurang. merimaskan. cerita terjadi apabila aku main kejar2 dgn kwn aku. sedang aku dribbling dekat tiang tiba2 ada seorang akak ni melintas tanpa bagi signal. aku elak dan akhirnya. "gedegang" bunyi aku menghempas tiang sampai jatuh. pening woo~ tiba2 akak tu angkat kepala aku dan mintak maaf. alahai..cair btol aku. dah la lawa..caring pulak. heh2. sejak dari tu aku mula minat perempuan(harap maklum aku darjah 2 masa tu)
moral: sebelum melintas beri isyarat atau anda menempah kemalangan

3)kerusi dan aku
masa di sekolah rendah kita semua jadi kreatif. pemadam pon boleh bayangkan jadi kereta mainan. tapi aku dan kwn2 aku agak ekstrim apabila kitorang mulakan sukan baru yang asalnya digelar "kejar2". kitorang main "kejar kangaroo". pelik? cara bermain adalah korang main kejar2 atas kerusi dan meja kantin. tengah hebat aku masa tu. tapi bungkusan nasi lemak tidak berbau bungkusan nasi goreng. aku terpijak bungkusan nasi lemak yang berminyak sebelum melompat yang akhirnya menyebabkan aku jatuh. paling tragis leher aku tercucuk dekat bucu kerusi dan kulit leher terkoyak. aku dikejarkan ke pejabat dan cikgu yang cemas tanpa basuh luka terus sapu dettol. pedih!
moral: cemas? panggil 999 kerana ianya talian kecemasan

4)bapak pemalas
masa kecik aku akan bawak beg besar dari badan. dan abg aku gelak. aku kecik xpaham dan gelak balik. tapi setelah mengkaji mengapa beg abg aku cukup kempis aku berjaya mengecilkan beg aku. simpan buku bawah meja atau xbawak langsung. masa darjah satu dah pemalas. dan cikgu aku suka sound. "xbagi pinjaman buku baru tahu!". aku nk tanya. time kecik pernah pulak aku selak buku. korg pernah? hurmm..jadi aku balas cikgu tu dgn ayat "kata pinjam,jgn la buruk siku". dan xpasal2 aku diberikan hadiah berdiri atas kerusi sambil junjung buku teks budak2 satu kelas.
moral: denda sedemikian menjadikan anak murid pendek!


hurmm..byk lagi sebenarnya kisah2 yg xdpt dilupakan. tapi laen2 kali lah aku citer. nk gi beli "bukit dun 14". apa itu dukit dun 14? haha. cuba teka. yaa..jika anda berjaya saya akan bagi anda satu "bukit dun"!

5 comments:

ZARA 札拉 said...

ihiks~

aku kat sekolah dulu otai..skang jadik cikgu..bleh tak?

hahaha~

akuKah.. said...

g beli..incik dunhill 14 kn kn..
hehe..

°šYąňáĐyą° said...

granulaz unik nama nih.
ad sejarah silam ea ?

granulaz said...

mestilah ada.. nnt org citer ek.. :)

Dr Violin said...

woit.. biler mase lak ak ckp ak x tau wat bodoh???? huhuhuhuh