Tuesday, August 3, 2010

PERATURAN RUMAH 0810

Peraturan Rumah Sewa
berkuat kuasa serta merta
03/08/10

1.Setiap penghuni rumah adalah terikat dengan sebarang peraturan yang ditetapkan tanpa sebarang pengecualian.

2.Sebarang bentuk pindaan atau penambahan peraturan akan memerlukan majoriti mudah daripada penghuni rumah

3.Jika mana mana peraturan dilanggar,
(a)adalah menjadi tanggung jawab penghuni rumah melaporkannya
(b)sebarang bentuk hukuman akan ditentukan oleh undian majoriti mudah

4.Sebarang bentuk barang telarang adalah dilarang dari dibawa masuk dan sebarang bentuk jenayah dilarang dilakukan dirumah.

5.Setiap penghuni rumah harus menyumbang kepada tabung dapur setiap bulan dengan nilai minima RM30.

6.Sekiranya berlaku sesuatu kepada fasiliti rumah sila laporkan untuk mendapatkan pampasan.

7.Adalah dilarang sama sekali untuk lambat membayar sewa melebihi 3hari.

8.Sebarang bentuk pembaziran air dan elektrik melampau adalah dilarang.

9.Penghuni yang kehilangan sebarang benda perlu dimaklumkan kepada penghuni rumah lain.

10.Sebarang keputusan yang tidak tertulis didalam peraturan rumah dan melibatkan kepentingan rumah perlu dibuat secara majoriti mudah oleh penghuni rumah.

-------------------------------------------------------------------------------------------

kesemua sepuluh peraturan di atas dibuat kerana aku sebagai antara penghuni rumah. pelik. kenapa ada antara kita kadang2 terlupa tentang semua ini. bukan untuk perli atau sakitkan hati. tapi manusia adalah cepat lupa dan lalai. aku akan tampal peraturan ini di dinding rumah. untuk sentiasa mengigatkan betapa penting peraturan ini untuk memastikan kesejahteraan bersama. ambillah ikhtibar terhadap musibah yang sedang menimpa kita. jadikan pengajaran.

2 comments:

senandung semalam said...

gud rules...
hehehe

Mad Men Girl said...

Calling all Mad Men fans!

I have entered a contest to win a walk-on role on the retro-licious show "Mad Men".

If you would take two seconds to vote for me, I would really appreciate it. Just go to my blog, or use this link to go straight to my photo page.

http://madmencastingcall.amctv.com/browse/detail/EZ3MBH

Thanks a bunch!